Langkau ke kandungan utama

MoT lancar Shuttle Selatan di Johor mudahkan perjalanan rakyat

Kulai: Kementerian Pengangkutan (MoT) menambah mod pengangkutan awam baharu apabila melancarkan 'Shuttle' Selatan membabitkan dua laluan dari Kulai ke Johor Bahru (JB) dan Kempas Baru ke Pasir Gudang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkhidmatan awam itu dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada pengangkutan sendiri

"Kita mulakan 'Shuttle' Selatan ini untuk dua laluan utama, iaitu Kulai ke JB Sentral balik ke Kulai dan Kempas Baru ke Pasir Gudang balik ke Kempas Baru.

"Ini adalah salah satu langkah penyuraian trafik untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS), kerana apabila siapnya ETS nanti, sesiapa yang sampai ke JB Sentral, boleh terus sampai ke Stesen Bukit Cagar ETS, hanya berjalan kaki dalam lingkungan 200 meter," katanya ketika sidang media selepas Majlis Peluncuran Operasi Perkhidmatan Shuttle Selatan di Stesen Keretapi Kulai di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh dan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching.

Anthony Loke berkata, bagi dua tren pertama yang akan memulakan operasi, ia tidak membabitkan sebarang peruntukan memandangkan KTMB menggunakan tren sedia ada, namun MoT mengeluarkan peruntukan antara RM11 juta hingga RM15 juta setahun bagi membantu kos operasi perkhidmatan berkenaan.

 
Compiled from: