Langkau ke kandungan utama

Kementerian Pengangkutan beri peruntukan RM1.5juta kepada DBKL untuk naik taraf dan bina hentian bas

Segambut: Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membina dan menaik taraf kira-kira 100 hentian bas di sekitar ibu negara, dalam usaha meningkatkan kemudahan pengangkutan awam untuk warga kota.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, peruntukan itu diberikan susulan aduan berterusan pengguna yang terpaksa menunggu bas di tempat yang tidak sepatutnya.

"Justeru, kita ambil inisiatif menambah baik kemudahan ini dengan pembinaan baharu serta naik taraf hentian sedia ada," katanya selepas meluncurkan Stesen Keretapi Segambut Utara, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Loke berkata, pihaknya menganggarkan setiap hentian bas akan menelan kos antara RM15,000 hingga RM30,000 bergantung kepada lokasi dan keperluan setempat.

"Sebelum ini kita berikan peruntukan kepada Pulau Pinang dan mereka akan menyiapkan kemudahan itu dalam tempoh enam bulan, jadi kita harap DBKL dapat siapkan lebih cepat iaitu tiga bulan.

"Diharapkan dengan peruntukan ini ia dapat memberikan manfaat kepada keseluruhan pengguna pengangkutan awam, bukan sahaja di Segambut, tetapi kawasan dibawah DBKL," katanya.

 
Compiled from: