Skip to main content

Resorts World Genting jalin kerjasama penjenamaan tren ETS pertama

KUALA LUMPUR – Resorts World Genting (RWG) menjadi jenama hospi taliti pertama bekerjasama dengan Railway Assets Corporation (RAC) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi kempen penjenamaan perkhidmatan tren elektrik (ETS) bagi memperkukuh promosi pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Kerjasama strategik itu mencermin kan komitmen RWG, RAC dan KTMB dalam memperkukuh akses pelancongan domestik serta menggalakkan lebih ramai pengunjung menerokai resort ber sepadu terkemuka negara.

Berucap pada majlis pelancaran pada Selasa, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam RWG, Spencer Lee berkata, inisiatif tersebut merupakan langkah penting dalam memper tingkatkan kemudahan dan akses perjalan an ke RWG.

Ketika Malaysia bersedia menerima lebih ramai pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, aspek kebolehcapaian dan ketersambungan yang lancar akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan pengalaman pelancong.

Hadir sama pada majlis pelancaran tersebut ialah Ketua Pegawai Komersial RAC, Tengku Nadia Azrina Tengku Amran dan Pengurus Besar Perkhidmatan ETS & Antara Bandar, Mohd Azhar Abu Bakar.

 
Compiled from: